Saturday, 16 April 2016

PENGENALAN

     Definisi bagi perkataan usahawan dan keusahawanan begitu luas dan berbeza mengikut pendapat individu. Tiada satu pun definisi yang standard tentang maksud usahawan atau keusahawanan. Terdapat pelbagai definisi yang membawa maksud usahawan atau keusahawanan ini. Dalam merangkakan definisi usahawan, Evans (seperti yang dipetik daripada Rosli Mahmood, Azrain Nasyrah Mustapa, Rosli Mohd Saad, Mohamad Yusop Mohd Jani, Norria Zakaria, Syahrina Abdullah, Ahmad Khairi Yahya, Hoe Chee Hee, Shamsul Huda Abd. Rani, Muhammad Syikri Bakar, Shiza Sa'atar, Lily Julienti Abu Bakar, & Habshah Bakar, 2010) menyatakan bahawa usahawan adalah "individu atau kumpulan yang menganggap tugas menentukan jenis-jenis perniagaan dan membuat keputusan mengenai bentuk barangan dan perkhidmatan atau saiz perniagaan serta pasaran tumpuan.

     Pelbagai pembangunan kemahiran keusahawanan dan penyediaan bantuan kewangan telah disediakan untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputra. Bantuan kewangan yang diberikan adaah mengikut saiz aktiviti perniagaan iaitu daripada pembiayaan mikro sehingga pembiayaan berskala besar. Menurut Rancangan Malaysia Kesebelas (2015), Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) telah menyediakan bantuan kewangan dan khidmat nasihat untuk meningkatkan kapasiti PKS Bumiputera. Komponen program ini termasuk latihan, penambahbaikan proses pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan produk, pensijilan, akses kepada pasaran dan aktiviti promosi. Sejumlah RM71.4 juta telah diseiakan kepada 574 usahawan bagi program ini. Hal ini telah dilakukan untuk meningkatkan pendapatan usahawan bumiputera dan menggalakkan penyertaan bumiputera untuk terlibat dalam bidang keusahawanan
  
     Seorang usahawan yang berjaya perlulah mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang akan diperolehi oleh usahawan dalam bidang keusahawanan. Berikut merupakan antara ciri-ciri usahawan iaitu kawalan fokus dalaman, toleransi terhadap kegagalan, kebolehan menentukan visi, mencari maklumbalas dan sebagainya. Namun, ciri-ciri usahanwan yang tlah dipilihdan dikaji ialah berorientasikan pasukan, berorientasikan hasil, proaktif, jaringan, pengambil risiko terbuka, berwawasan, tajam daya pemikiran, budaya terbuka dan kegagalan adalah satu pilihan.

BERORIENTASIKAN PASUKAN (Team Oriented)

  • Bermaksud, melakukan sesuatu kerja dalam berkumpulan dan sama berganding bahu dalam melaksanakan tugas sehingga mencapai matlamat (Ab. Azizi Yisof, 2013)
  • Mengikut Ab. Azizi (2013)
    • melalui kerja dalam pasukan membolehkan usahawan membangunkan keyakinan diri sendiri untuk terus memperoleh sepenuhnya faedah daripada kelebihan yang dimiliki oleh setiap ahli dalam pasukan kerja
  • Memastikan pasukan kerja terus menyumbang, meningkatkan komitmen dan lebih bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang
  • Menurut Ab. Azizi Yusof (2013), antara ciri-ciri pasukan yang berkesan ialah
    • mempunyai komitmen bersama
    • mempunyai matlamat yang khusus
    • tanggungjawab bersama
    • kepentingan kumpulan melebihi kepentingan peribadi
  • Faktor yang mendorong kepada peningkatan usaha pasukan ialah
    • daya tarikan terhadap tugas
    • sistem ganjaran yang memberi pengiktirafan kepada pencapaian
    • interaksi antara ahli yang boleh meminimumkan aktiviti sosial tetapi sebaliknya meningkatkan komitmen

Contoh Usahawan (Robert Kouk)

  • Menurut Mohd. Salleh Din, Hoe Chee, Norashidah hashim, Ooi Yeng Keat, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Norita Deraman, Rosli Mahmood, Armanurah Mohamad, Lily Julienti Abu Bakar dan Muhammad Nasri Md. Hussain (2005)
    • Robert Kuok merupakan seorang contoh usahawan yang mempunyai ciri berorientasikan pasukan kerana berpendapat bahawa pasukan kerja mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kerja-kerja sesebuah syarikat
  • Merupakan pengusaha gula terbesar di Malaysia
  • Dilahirkan pada tahun 1923 dan merupakan anak kelahiran Johor yang menjadi jurutera empayar Kuok
  • Memulakan perniagaan bersama abangnya dengan semangat industri keluarga yang menjadi pendorong kepada mereka
  • Mereka memasuki industri gula menerusi Perlis Plantations
  • Beliau menguasai 10 peratus bekalan gula dunia dan melakukan urus niaga di hotel di London hingga rakan-rakan menggelarkannya 'Raja Gula'
  • Beliau masih menjadi sebutan ramai di Malaysia walaupun pusat operasinya berada di Hong Kong
  • Bapanya Kuok Keng Kang merupakan penduduk Cina yang datang dari Fujian, China pada tahun 1990
  • Telah menubuhkan Tong Seng & Co dan mempunyai reputasi sebagai pengedar beras, tepung dan gula negara ini
  • Robert pernah dilantik menjadi CEO 
    • penerbangan Malaya-Singapura
    • MISC
    • Bank Bumiputera; kerana mempunyai hubungan rapat dengan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn
  • Beliau pernah menyaksikan ramai ahli perniagaan meninggalkan negara apabila berlaku rusuhan kaum pada tahun 1969
  • Robert Kuok bersama-sama dengan ahli keluarganya mengendalikan perniagaan dan bekerja sebagai satu pasukan yang membawa banyak keuntungan kepada syarikat
  • Beliau juga percaya bahawa kerja berorientasikan pasukan adalah lebih baik berbanding berorientasikan tugas
  • Beliau mendirikan hotel di Shangri-la di Manila iaitu hotel yang pertama dalam tempoh 20 tahun
  • Kerja berorientasikan pasukan sangat penting untuk meningkatkan kecekapan dalam sesebuah syarikat

BERORIENTASIKAN HASIL (Outcome Oriented)

  • Melakukan sesuatu dengan mengambil kira hasil daripada tindakan yang dilakukan
  • Dalam dunia keusahawanan
    • hasil adalah sama dengan keuntungan
      • keuntungan merupakan sasaran utama dalam sesebuah perniagaan
  • Untuk mencapai sasaran dalam penghasikan produk, seseorang perlu bijak mengatur strategi untuk memasarkan produk mereka (Adha, 2010)

Contoh Usahawan (Datuk Jimmy Choo)

  • Merupakan usahawan dalam pereka kasut dan namanya bukan sahaja terkenal di Malaysia, bahkan namanya terkenal di merata dunia
  • Dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia pada tahun 1961
  • Mewarisi kepakaran ayahnya sebagai pembuat kasut
  • Telah berjaya membuat sepasang kasut pada usia 11 tahun
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tendah Shun Chung dan tamat pelajaran pada tahun enam
  • Belajar di Kolej Teknik Cordwainers di England dan telah membuka sebuah kedai kasut di Hackney di sebuah bangunan hospital lama pada tahun 1986
    • menjadi percubaannya yang pertama dalam perniagaan 
    • namun jualan kasutnya merosot dalam masa empat tahun
    • jualan kasutnya meningkat apabila Puteri Diana suka terhadap rekaan kasutnya
  • Mula mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon yang merupakan editor British Vogue
  • Beliau dianugerahkan 
    • gelaran 'Datuk' oleh Sultan Pahang atas kejayaannya dalam bidang fesyen
    • gelaran 'Professor' oleh University of the Arts London yang memberikan sumbangan dalam dunia fesyen
    • 'Order of the British Empire' oleh Permaisuri Queen Elizabeth II pada tahun 2002
  • Kasut Jimmy Choo bertemakan gaya dan kemewahan di mana ia menjadi kegilaan ramai terutama artis di merata dunia
  •  Kegigihan beliau akhirnya  menampakkan hasil walaupun sebelum ini menghadapi kegagalan
  • Beliau memikirkan strategi terbaik untuk syarikat dalam meningkatkan kualiti dan sentiasa berusaha mencipta rekaannya yang menjadi citarasa pelanggan
  • Beliau merupakan usahawan yang kaya di mana sepasang kasut beliau dijual mencecah ribuan dolar US

PROAKTIF (Proactive)

  • Dalam istilah psikologi
    • menunjukkan seseorang yang mempunyai kuasa, berdikari dan berani
  • Seseorang yang mempunyai sifat proaktif mampu mengubah diri dan keadaan sekeliling (Convey, 1989)
  • Satu sifat yang positif yang ada pada diri seseorang usahawan
  • Seseorang yang proaktif akan bertindak untuk mencapai sesuatu tanpa menunggu peluang datang bergolek
  • Individu ini juga akan melakukan apa sahaja untuk mengubah keadaan kepada yang lebih baik
  • Menurut Convey (1989), individu ini akan mencari pelbagai alternatif dan juga pelbagai cara supaya hasrat mereka tercapai
  • Individu yang memiliki sikap ini akan melakukan sesuatu terlebih dahulu berbanding orang lain
  • Proaktif juga membawa maksud, tindakan atau keputusan berorientasikan tingkah laku
  • Individu ini dapat mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang dan mengambil tindakan terhadap sesuatu masalah dan ancaman
  • Dipengaruhi oleh rangsangan luar sama ada fizikal, sosial atau psikologi secara sedar mahupun tidak sedar (Convey, 1989)

Contoh Usahawan (Encik Liow Ren Jan)

  • Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AYS Sdn. Bhd
    • merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan sejuk beku di bawah nama 'Sri Kulai' dan menjadi pembekal terkemuka produk dan perkhidmatan yang mematuhi Halal ASEAN
  • Ciri keusahawanan beliau terbukti apabila beliau berani bertindak menjadi orang Malaysia yang petama mengeluarkan produk sejuk beku Halal
  • Produk Sri Kulai terkenal di kalangan mereka yang bekerja dan tidak mempunyai masa atau malas untuk memasak
    • mereka hanya perlu masukkan makanan sejuk beku kegemaran mereka ke dalam ketuhar mikro dan dalam masa lima minit, makanan tersebut sedia dimakan

JARINGAN (Networked)

  • Boleh diandaikan sebagai perhubungan aau hubungan yang terbina antara usahawan dan orang sekeliling seperti
    • rakan
    • pekerja
    • pelanggan
    • pembekal
    • pesaing
  • Gary John (seperti yang dipetik dalam Ab. Aziz Yusof, 1998) telah mendefinisikan jaringan sebagai satu proses pembinaan perhubungan jaringan yang baik dengan 
    • ahli-ahli utama syarikat
    • pihak luar
  • Pembinaan jaringan memberi peluang kepada usahawan untuk menerima kelebihan dan manfaat daripada rakan niaga dan bersedia memberi kelebihan yang dimiliki kepada rakan niaga untuk kelangsungan syarikat
  • Menurut Mohd. Salleh et al. (2005), jaringan ialah proses membina hubungan dengan orang yang berkenaan untuk menghasilkan sesuatu berguna dan perbezaan antara perniagaan yang berjaya dan gagal bergantung kepada siapa yang mereka kenal
  • Usahawan boleh membincangkan
    • masalah
    • mendapatkan peluang
    • berkongsi sumber apabila wujudnya interaksi atau hubungan dua hala (jaringan)
  • Sebagai contoh
    • usahawan dalam bidang pertanian boleh berkongsi sumber teknologi seperti jentera dan mesin yang boleh diperoleh daripada rakan niaga atau disebut jaringan

Contoh Usahawan (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary)

  • Merupakan antara ahli perniagaan Melayu yang merebut peluang menggunakan pengaruh dan hubungan rapat dunia Islam untuk mengerak dan mengembangkan pelaburan dan modal ekonomi di antara negara-negara Islam seluruh dunia (Mohd Salleh et al. 2005)
    • hal ini dapat dibuktikan melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama dengan rakannya dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan modal pelaburan sebanyak RM 1 bilion
    • syarikat tersebut merupakan syarikat yang memfokuskan kepada kegiatan 
      • memproses aluminium
      • penjana kuasa
      • hartanah
    • perjanjian yang telah ditandatangani antara beliau dengan Mohamad Ali Allabar telah menarik ramai pelabur asing dari serata dunia terhadap syarikat usaha sama tersebut
  • Pengaruh kewangan yang kukuh yang dimiiki oleh rakan niaganya telah digunakan sebaik mungkin untuk mengukuhkan lagi perniagaannya melalui syarikat usaha sama tersebut

Friday, 15 April 2016

PENGAMBIL RISIKO TERBUKA (Open Risk Taker)

  • Menurut Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), 1992, risiko adalah sesuatu yang tidak pasti akan berlaku atau sebaliknya
  • Dalam perniagaan, risiko dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan
  • Pengambil risiko terbuka atau berani mengambil risiko dapat dikaitkan sebagai seseorang individu yang berani melakukan suatu perkara yang baru atau mempertaruhkan sesuatu kejayaan atau kegagalan
  • Dikaitkan seseorang individu yang berani melakukan sesuatu perkara yang baru atau mempertaruhkan sesuatu yang bernilai dan sama ada perkara tersebut berjaya atau gagal
  • Menurut MEDEC (1992), terdapat dua jenis risiko perniagaan
    • risiko perniagaan
      • dihadapi oleh usahawan berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan
      • terdapat tiga kategori risiko perniagaan
        • risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain
        • risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak sepenuhnya
        • risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan
    • risiko kewangan
      • risiko yang dihadapi dari segi kewangan sama ada memberi keuntungan atau kerugian
      • terdapat empat kategori risiko kewangan
        • tahap kecairan tunai
        • pinjaman
        • kredit
        • tukaran asing

Contoh Usahawan (Tan Sri Lim Goh Tong)

  • Merupakan pengasas dan Presiden Genting Group
  • Pada tahun 1964, beliau terfikir untuk membina suatu tempat yang bercuaca dingin yang boleh dinikmati oleh orang ramai kerana Malaysia merupakan negara bercuaca panas sepanjang tahun
  • Idea ini tercetus ketika beliau sedang menjalankan projek hidroelektrik di Cameron Highland
  • Setelah menjalankan kajian, beliau telah memilih kawasan antara Genting Sepah ke puncak Gunung Ulu sebagai kawasan paling sesuai
  • Menurut Mohd. Salleh Din et al. (2005), antara 1965 hingga 1970, mereka memohon daripada kerajaan negeri Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas
  • Tan Sri Lim Goh Tong perlu membina jalan untuk ke puncak dan perkara tersebut adalah mustahil dan memerlukan kos yang tinggi
  • Beliau telah dilabel sebagai gila kerana merealisasikan idea yang tidak menjanji pulangan modal dan sesuatu yang mustahil
  • Tidak mempedulikan kritikan tersebut, dengan bekerja dua shif sepanjang minggu untuk menjimatkan kos dan mengumpul duit yang mencukupi
  • Usaha dan keberanian beliau mengambil risiko, akhirnya usaha beliau membuahkan hasil apabila Genting Highland Resort hari ini merupakan pusat peranginan dan perlancongan yang sangat maju dan menerima ramai kunjungan pelancong
  • Beliau sanggup mengambil risiko yang sangat tinggi untuk membuka pusat peranginan di puncak bukit kerana tidak menjanjikan sebarang keuntungan dan berisiko untuk mengalami kerugian yang besar

BERWAWASAN (Visionary)

  • Usahawan perlu mempunyai wawasan yang tinggi sekiranya ingin berjaya
  • Rosli Mahmood et al. (2010) mengatakan bahawa usahawan yang mempunyai matlamat dan wawasan akan memperlihatkan bahawa dia juga mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi
  • Seorang usahawan pasti akan berjaya sekiranya mereka merancang dan menetapkan segala matlamat dan wawasan usahanya sejajar dengan wawasan kerajaan
  • Menurut Rosli usahawan yang mempunyai visi ialah
    • seseorang yang mempunyai visi juga dikenali sebagai seorang yang 'visionary'. Pastinya, usahawan ini mempunyai visi dan hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan objektif dan matlamat yang dirangka. Usahawan yang mempunyai visi tahu terhadap semua tindakannya iaitu selari dengan matlamat Wawasan 2020 yang digubal oleh kerajaan
  • Menurut Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhymee Ahmad, Habsah Bakar, Mohamad Yusop Mohd Jani dan Mohd Khairuddin Hashim (2007), usahawan yang berjaya merupakan seorang yang mempunyai 
    • matlamat yang jelas
    • berwawasan yang tinggi
  • Norita Deraman et al. 2007, matlamat dan wawasan ini memerlukan kepada perancangan yang teliti sama ada jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang


Contoh Usahawan (Dato' Aliff Syukri Kamarzaman)

  • Merupakan pengasas kepada produk kecantikan yang sedang melonjak naik (D'Herbs Holding (M))
  • Merupakan seorang yang berwawasan dengan meletakkan misi utama syarikat, iaitu, 
    • untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep yang mudah dan ringkas
    • Mempunyai sistem yang
      • terbaik dari segi pengurusan
      • keberkesanan
      • kualiti serta harga yang berpatutan
  • Visi syarikat D'Herbs Holding ini jelas menunjukkan beliau akan sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut

TAJAM DAYA PEMIKIRAN (Observant)

  • Usahawan yang memiliki daya pemikiran yang tajam akan sentiasa memikirkan sesuatu yang boleh diusahakan untuk mendapat keuntungan
  • Usahawan akan sentiasa berfikir untuk melakukan sesuatu inovasi, kreatif dan inovatif
  • Rosli Mahmood et al. (2010), usahawan yang kreatif merupakan usahawan 
    • yang mempunyai banyak idea
    • panjang akal
    • berupaya menghasilkan produk yang dapat dikomersialkan
  • Menurut Suhaimi Mansor (1991), mengikut sejarah kajian pakar perubatan bahawa manusia mempunyai kemampuan otak yang sama iaitu mengandungi lebih kurang 12 billion sel
  •  Menurut Suhaimi lagi,
    • otak yang normal akan berfikir secara waras dan mengikut logik, manakala otak yang kreatif adalah orang yang dapat mengeluarkan idea-idea baru
  • Dengan adanya sifat ini, usahawan akan setapak ke hadapan daripada usahawan-usahawan yang lain (Suhaimi Mansor, 1991)

Contoh Usahawan (Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah)

  • Merupakan seorang usahawan yang berani mengambil risiko dalam perniagaannya
  • Beliau juga mempunyai daya pemikkiran yang tajam
    • perkata ini dapat dibuktikan melalui tindakan beliau menghadapi kegawatan ekonomi di Malaysia pada tahun 1985
  • Kegawatan ekonomi 1985 turut memberikan kesat kepada Sunway Holdings Berhad sehingga mencatatkan kerugian yang hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya (Rosli Mahmood et al, 2010)
  • Ciri keusahawanan yang ada dalam diri beliau, membuatkan beliau berfikir secara mendalam untuk menghadapi sutuasi tersebut
    • beliau telah memikirkan untuk melibatkan diri dalam sektor pembangunan hartanah
    • pelaburan hartanah
    • pembuatan
    • perhotelan
    • dan perniagaan
  • Hasil daripada pemikirannya itu, beliau berjaya menubuhkan 
    • Sunway City Berhad
    • Sunway Construction Berhad
    • Sunway Building technology Berhad

BUDAYA TERBUKA (Open Culture)

  • Merupakan tamadun peradaban
  • Diiktiraf sebagai persekitaran yang direka oleh manusia, sebagai contoh
    • ilmu pengetahuan
    • asas keperluan hidup
    • seni moral
    • undang-undang
    • adat
  • Dari perspektif keusahawanan, dapat didefinisikan satu sifat di mana perniagaan menghasilkan produk yang bersifat universal dan mampu diterima oleh masyarakat
  • Sejarah sains dan kejuruteraan merupakan contoh kepada kegagalan membuka peluang kepada penciptaan budaya baru
  • Sebagai contoh Thomas Edison
    • beliau merupakan seorang pencipta lampu
    • beliau talah mencipta beribu rekaaan sebelum beliau berjaya
  • Menurut Rizmi Roslan (2014), Thomas Edison adalah usahawan yang hebat
  • Menurut Rizmi lagi, Ralph H. Kiyosaki menyatakan terdapat ramai orang mencipta lampu sebelum Thomas Edison tetapi, mentol tersebut tidak dijelaskan kepada umum dan mempunyai masalah

Contoh Usahawan (Thomas Edison)

  • Nama sebenar beliau adalah Thomas Alva Edison
  • Dilahirkan di Milan, Ohio pada 11 Febuari 1847
  • Hanya bersekolah selama tiga bulan kerana ketinggalan dalam pelajaran
  • Dianggap murid tidak berbakat
  • Mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam
  • Sering melakukan kajian sejak kecil
  • Pada usia belasan tahun, beliau mencipta makmal kimia di ruang bawah tanah rumahnya
  • pada tahun 1877, beliau menyedari kepentingan cahaya dalam kehidupan dan melakukan kajian
  • Setelah beberapa kegagalan, akhirnya beliau berjaya mencipta mentol

KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (Failure Is Option)

  • Menurut Holmes (2004), masalah yang rumit dapat mencungkil kebiasaan cara kita berfikir
  • Masalah yang berterusan dapat menggalakkan keputusan yang dibuat menyebabkan kegagalan dapat dielakkan
  • Holmes lebih memilih untuk mengalami kegagalan dalam belajar perniagaan berbanding perniagaan yang berjaya
  • Perniagaan yang gagal lebih menunjukkan corak dan mencipta strategi perniagaan berbanding perniagaan yang berjaya
  • Menurut Bowers (2006), kegagalan ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan, tetapi ianya juga membawa kepada perkara positif

Contoh Usahawan (Irfan Khairi)
  • Irfan Khairi menerima Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom
  • Selepas menamatkan pengajian, Irfan telah ditawarkan untuk bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmmingham, Netmedia (UK) Ltd. sebagai pereka sistem multimedia dan perunding Internet
  • Beliau bertanggungjawab mereka bentuk sistem bagi sekolah-sekolah di UK dikenali sebagai Grid pembelajaran
  • Minat dan latar belakang dalam perniagaan Internet menyebabkan beliau memulakan perniagaan online secara sambilan pada tahun 1999
  • Pada peringkat pertama, beliau mengalami masalah mendapatkan pelanggan
  • Pengalaman dari itu menyebabkan beliau melakukan kajian terhadap penyebab kegagalan beliau
  • Beliau mendapati bahawa terdapat dua kelemahan utama yang menyebabkan kegagalan beliau iaitu
    • kaedah promosi
    • kurang tumpuan
  • Minat yang mendalam dalam perniagaan Internet telah mengalakkan beliau lebih bijak memilih kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi produk-produk beliau
  • Sebagai contoh, kenaikan pangkat beliau telah menumpukan pasaran Arab untuk menjual peta Malaysia yang mendapat permintaan yang tinggi, beliau akhirnya berjaya
  • Kejayaan beliau telah mendorong beliau untuk menjadikan perniagaan Internet sebagai kerjaya sepenuh masa
  • Setelah tiga tahun, perniagaan beliau berjaya
  • Kejayaan beliau telah memberi inspirasi kepada masyarakat
  • Beliau talah dianugarahkan 'Anugerah Inovasi Muda 2006' daripada Persatuan Pengurusan Oxford, UK
  • Menurut Bower lagi, kegagalan ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan, tetapi ianya juga membawa kepada perkara positif

USAHAWAN BERJAYA

Biografi Bill Gates

     Bill Gates atau nama sebenar beliau William Hendry "Bill" Gates III terkenal sebagai seorang jutawan atau pengasas Microsoft dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan seorang pengaturcara (programmer) komputer yang terkenal di seluruh dunia. Beliau sememangnya mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang pengkomputeran sejak kecil lagi. pada usia 13 tahun beliau telah dihantar belajar di Lakeside School, iaitu sebuah sekolah swasta. Sekolah ini banyak menggunakan perisian komputer. Oleh itu, dengan kelebihan yang ada di sekolah ini, beliau menggunakan kepentingan ini untuk belajar tentang pengaturcaraan sistem komputer.

     Selain itu, beliau juga belajar di Computer Central Corporation (CCC). Pada usia 17 tahun, Bill Gates bersama dengan Allen telah bekerjasama dalam membuat counter traffic bedasarkan pemproses Intel 8008 yang dipanggil sebagai Traf-O-data. Sememangnya Bill Gates tidak membuat apa-apa kajian, namun beliau banyak menghabiskan masa dengan komputer di sekolah. 

Ciri-Ciri Keusahawanan Bill Gates 
Proaktif
  • Berpendapat bahawa kejayaan tidak datang bergolek
  • Beliau mampu menjadi seorang pengasas yang berjaya (Microsoft)
  • Berpegang kepada semangat yang tinggi
  • Bekerja keras siang dan malam bagi menghasilkan program sehingga beliau diiktiraf sebagai jutawan pertama yang terkaya di dunia

Kegagalan Adalah Satu Pilihan
  • Bill Gates pernah menghadapi kegagalan
  • Belajar dari kegagalan untuk terus berjaya

Berwawasan
  • Datang dari matlamat dan visi beliau untuk mempunyai perisian komputer sendiri
  • mampu mengorak langkah menuju kejayaan
  • berfikiran positif bahawa tanpa matlamat yang jelas, kita tidak mampu kemana-mana

Pengambil Risiko Terbuka
  • Sukakan cabaran
  • Bill Gates mempunyai dua ciri iaitu risiko dan monopoli, ciri ini penting bagi meningkatkan empayar perniagaannya
  • Setelah Paul Allen menarik diri, syarikat ini menjagi tunggal, namun, dengan usaha gigih dan keberanian mengambil risiko syarikat beliau terus berdiri teguh

Budaya Terbuka
  • Beliau bertanggungjawab untuk mengatur strategi untuk meningkatkan produk beliau
  • Sangat agresif untuk memperluaskan rangkaian produk syarikat
  • Sebagai seorang esekutif, beliau kerap bertemu dengan pengurus kanan Microsoft dan penurus program
  • Budaya terbuka beliau mampu mengorak langkah lebih jauh lagi bagi mengembangkan empayar perniagaanya

Thursday, 14 April 2016

PENUTUP

     Kesimpulannya, usahawanan adalah individu yang mempunyai banyak ciri istimewa yang dapat membezakan dengan individu yang lain. Terdapat banyak ciri-ciri seorang ushawan yang berjaya antaranya berorientasikan pasukan, berorientasikan hasil, proaktif, jaringan, pengambil risiko, berwawasan, tajam daya pemikiran, budaya terbuka, kegagalan adalah satu pilihan dan banyak lagi ciri. Seorang usahawan perlu menyelidik latar belakang dan kenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri mereka sebelum menceburi bidang perniagaan. Bidang perniagaan bukanlah satu permainan, ia memerlukan tumpuan yang sepenuhnya. Setiap individu yang bergelar usahawan pastinya telah menghadapi cabaran yang  besar dan merasai kegagalan dalam setiap percubaan mereka. Usahawan juga mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat besar kepada diri sendiri, masyarakat dan juga negara. Ini adalah kerana usahawan yang berjaya akan memulangkan balik kejayaannya kepada masyarakat dan negara dalam pelbagai bentuk bantuan dan sokongan. Maka dengan inilah usahawan dilihat berbeza dengan orang biasa.