- Menurut Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC), 1992, risiko adalah sesuatu yang tidak pasti akan berlaku atau sebaliknya
- Dalam perniagaan, risiko dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan
- Pengambil risiko terbuka atau berani mengambil risiko dapat dikaitkan sebagai seseorang individu yang berani melakukan suatu perkara yang baru atau mempertaruhkan sesuatu kejayaan atau kegagalan
- Dikaitkan seseorang individu yang berani melakukan sesuatu perkara yang baru atau mempertaruhkan sesuatu yang bernilai dan sama ada perkara tersebut berjaya atau gagal
- Menurut MEDEC (1992), terdapat dua jenis risiko perniagaan
- risiko perniagaan
- dihadapi oleh usahawan berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan
- terdapat tiga kategori risiko perniagaan
- risiko yang boleh dipindahkan kepada pihak lain
- risiko yang boleh dikawal oleh usahawan tetapi tidak sepenuhnya
- risiko yang tidak boleh dikawal oleh usahawan
- risiko kewangan
- risiko yang dihadapi dari segi kewangan sama ada memberi keuntungan atau kerugian
- terdapat empat kategori risiko kewangan
- tahap kecairan tunai
- pinjaman
- kredit
- tukaran asing
Contoh Usahawan (Tan Sri Lim Goh Tong)
- Merupakan pengasas dan Presiden Genting Group
- Pada tahun 1964, beliau terfikir untuk membina suatu tempat yang bercuaca dingin yang boleh dinikmati oleh orang ramai kerana Malaysia merupakan negara bercuaca panas sepanjang tahun
- Idea ini tercetus ketika beliau sedang menjalankan projek hidroelektrik di Cameron Highland
- Setelah menjalankan kajian, beliau telah memilih kawasan antara Genting Sepah ke puncak Gunung Ulu sebagai kawasan paling sesuai
- Menurut Mohd. Salleh Din et al. (2005), antara 1965 hingga 1970, mereka memohon daripada kerajaan negeri Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar tanah pegangan bebas
- Tan Sri Lim Goh Tong perlu membina jalan untuk ke puncak dan perkara tersebut adalah mustahil dan memerlukan kos yang tinggi
- Beliau telah dilabel sebagai gila kerana merealisasikan idea yang tidak menjanji pulangan modal dan sesuatu yang mustahil
- Tidak mempedulikan kritikan tersebut, dengan bekerja dua shif sepanjang minggu untuk menjimatkan kos dan mengumpul duit yang mencukupi
- Usaha dan keberanian beliau mengambil risiko, akhirnya usaha beliau membuahkan hasil apabila Genting Highland Resort hari ini merupakan pusat peranginan dan perlancongan yang sangat maju dan menerima ramai kunjungan pelancong
- Beliau sanggup mengambil risiko yang sangat tinggi untuk membuka pusat peranginan di puncak bukit kerana tidak menjanjikan sebarang keuntungan dan berisiko untuk mengalami kerugian yang besar
No comments:
Post a Comment