Kesimpulannya, usahawanan adalah individu yang mempunyai banyak ciri istimewa yang dapat membezakan dengan individu yang lain. Terdapat banyak ciri-ciri seorang ushawan yang berjaya antaranya berorientasikan pasukan, berorientasikan hasil, proaktif, jaringan, pengambil risiko, berwawasan, tajam daya pemikiran, budaya terbuka, kegagalan adalah satu pilihan dan banyak lagi ciri. Seorang usahawan perlu menyelidik latar belakang dan kenalpasti ciri-ciri keusahawanan dalam diri mereka sebelum menceburi bidang perniagaan. Bidang perniagaan bukanlah satu permainan, ia memerlukan tumpuan yang sepenuhnya. Setiap individu yang bergelar usahawan pastinya telah menghadapi cabaran yang besar dan merasai kegagalan dalam setiap percubaan mereka. Usahawan juga mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat besar kepada diri sendiri, masyarakat dan juga negara. Ini adalah kerana usahawan yang berjaya akan memulangkan balik kejayaannya kepada masyarakat dan negara dalam pelbagai bentuk bantuan dan sokongan. Maka dengan inilah usahawan dilihat berbeza dengan orang biasa.
No comments:
Post a Comment