Saturday, 16 April 2016

PROAKTIF (Proactive)

  • Dalam istilah psikologi
    • menunjukkan seseorang yang mempunyai kuasa, berdikari dan berani
  • Seseorang yang mempunyai sifat proaktif mampu mengubah diri dan keadaan sekeliling (Convey, 1989)
  • Satu sifat yang positif yang ada pada diri seseorang usahawan
  • Seseorang yang proaktif akan bertindak untuk mencapai sesuatu tanpa menunggu peluang datang bergolek
  • Individu ini juga akan melakukan apa sahaja untuk mengubah keadaan kepada yang lebih baik
  • Menurut Convey (1989), individu ini akan mencari pelbagai alternatif dan juga pelbagai cara supaya hasrat mereka tercapai
  • Individu yang memiliki sikap ini akan melakukan sesuatu terlebih dahulu berbanding orang lain
  • Proaktif juga membawa maksud, tindakan atau keputusan berorientasikan tingkah laku
  • Individu ini dapat mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang dan mengambil tindakan terhadap sesuatu masalah dan ancaman
  • Dipengaruhi oleh rangsangan luar sama ada fizikal, sosial atau psikologi secara sedar mahupun tidak sedar (Convey, 1989)

Contoh Usahawan (Encik Liow Ren Jan)

  • Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AYS Sdn. Bhd
    • merupakan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan sejuk beku di bawah nama 'Sri Kulai' dan menjadi pembekal terkemuka produk dan perkhidmatan yang mematuhi Halal ASEAN
  • Ciri keusahawanan beliau terbukti apabila beliau berani bertindak menjadi orang Malaysia yang petama mengeluarkan produk sejuk beku Halal
  • Produk Sri Kulai terkenal di kalangan mereka yang bekerja dan tidak mempunyai masa atau malas untuk memasak
    • mereka hanya perlu masukkan makanan sejuk beku kegemaran mereka ke dalam ketuhar mikro dan dalam masa lima minit, makanan tersebut sedia dimakan

No comments:

Post a Comment